Terdapat
5 tips yang mudah diikuti sebelum anda terjebak dalam hobi membela
ikan. Saya akan bahagikan 2 bahagian dalam topik ini. Diharap korang
dapat ambil perhatian terutamanya yang baru berjinak jinak dalam hobi
ini. Sekurang kurangnya saya dapat menyelamatkan ikan ikan anda dari
mati dan anda juga tidak kerugian nanti. Ini adalah tips tips yang
paling asas dan untuk memelihara Ikan Arowana, ia lebih rumit. Jika
tips-tips ini pun anda berat hati, saya cadangkan ada baiknya anda
lupakan sahaja untuk memelihara ikan Arowana.
Tip 1 : Beli assessori akuarium yang perlu sebelum beli ikan
i) Saiz akuarium yang lagi besar sebenarnya lagi mudah untuk di"mantain". Jadi bagi beginner, saiz akuarium 2 kaki atau berkapasiti 80 hingga 100 liter sudah cukup bagu untuk permulaan.
ii) Kedudukan akuarium jangan terdedah dengan cahaya matahari kerana algae akan mudah terbentuk dan menyebabkan suhu air akuarium meningkat dan membahayakan hidupan akuarioum anda.
iii) Lupakan untuk meletakkan hiasan di dalam akuarium anda selagi anda belum tahu bagaimana anda dapat mempastikan ikan ikan anda tersebut hidup dangna sihat. Jika anda mahu jugak, boleh minta bantuan tauke kedai akuarium beri nasihat.
Tips 2 : Jangan nak berjimat tentang penapis air akuarium anda.
Beli penapis air akuarium yang terbaik yang mampu anda beli sesuai dengan bajet kerana ia akan memberikan penjimatan di masa hadapan. Ia berfungsi untuk menapis dan memastikan air akuarium sentiasa bersih. Ia juga mempastikan tiada bakteria membiak seteruisnya membahayakan ikan ikan anda. Semasa memilih untuk membeli penapis air, anda perlu lihat jenama yang bagus reputasinya serta kapasiti yang sesuai dengan akuarium anda. baca arahan dari manual dalam membuat justifikasi penapis yang sesuai. Selalunya jika anda pilih penapis yang berkapasitio lebih dari yang sepatutnya, ia lebih baik. Pencahayaan juga penting bagi mencantikkan akuarium anda. Biasanya tiub Fluorescent digunakan untuk sistem pencahayaan dan ianya tidak terlalu mahal untuk dimiliki.
Ada 4 langkah bila anda mula membela ikan :-
1. Selepas membeli assessori akuarium, anda boleh memilih lokasi yang sesuai untuk menempatkan akuarium anda.
2. Air paip mengandungi klorin boleh membahayakan ikan ikan anda. Gunakan agen anti klorin.
3. Untuk mengisi air di dalam akuarium, 2/3 dari pada kapasiti akuarium sudah memadai.
4. Akuarium anda mesti dipasang dengan alat penapis air dan biarkan ia beroperasi beberapa hari sebelum anda membeli ikan.
Tips 3 : Mulakan membela ikan yang gagah dan kuat (tak mudah mati) untuk meningkat keyakinan anda. Beli lah ikan dalam kuantiti yang sedikit dahulu.
Dalam memilih ikan tropikal, kebiasaannya ikan dapat hidup di dalam akuarium yang mempunyai kualiti air yang bersih, cukup pencahayaan serta makanan. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna ikan yang dibela perlu satu spesis aje. Anda boleh mencampur campur pelbagai spesis. Pilihlah ikan yang tidak mudah mati seperti :-
Barb: Tiger Barb, Green Tiger Barb, Albino Tiger Barb, etc.
Tetra: Rosy Fin Tetra, Black Phantorn Tetra, Congo Tetra, etc.
Cichids: Blood Parrot, etc.
Catfish: Albino Corydora, Sterbal Coridorais, Panda Corydora, etc.
Selepas anda pilih ikan untuk ditempatkan di dalam akuarium anda, ada teknik untuk melepaskan ikan masuk ke dalam akuarium, bukannya main redah je geng,....
1. Letakkan transport bag yang berisi air ke dalam akuarium sekurang kurangnya 20 minit untuk menstabilkan suhu air dalam transport bag tersebut.
2. Scoop keluar 1/3 air dari transport bag dan tukarkan dengan air dari akuarium tersebut
3. Pindahkan ikan ikan tersebut ke transport bag dan lepaskan ikan ikan anda ke dalam akuarium dengan cara memasukkan keseluruhan air dari Transport bag tersebut ke dalam akuarium.
Tips 4 : Jangan terlebih bagi makan kat ikan
Sila ikuti 5 langkah seperti berikut :-
1. Jangan beri makan berlebih lebih dari yang perlu
2. Frekuensi dalam sekali atau dua kali sehari. Sebetulnya bagus jika ikan ikan anda sentiasa lapar.
3. Jika terlebih makanan dan tidak dimakan ikan, boleh keluarkan bagi mengelakkan air tercemar nanti.
4. Jika boleh, hnaya seorang sahaja bertanggunghjawab memberi ikan makan bagi mengelakkan terlebih makan pulak.
5. Gunakan pelet atau makanan ikan yang sesuai dan elakkan beri makanan mentah atau makanan beku. Pelbagaikan makanan ikan
Tips 5 : Mencegah lebih baik dari mengubati
Anda perlu sentiasa menjaga kebersihan akuarium agar ikan ikan anda hidup sempurna dan sihat. Beberapa langkah boleh diikuti dadalah seperti berikut :-
1. Tukar air akuarium 1/4 to 1/3 setiap 2-3 minggu ataupun 10% dari keseluruhan air setiap minggu.
2. Cuci alat media penapis dengan air bersih setelah anda keluarkan air dari akuarium (Gunakan teknik Siphone)
3. Pastikan kualiti air diuji setiap 1-2 minggu sekali.
4. Periksa kesihatan ikan ikan anda dengan memperhatikan ikan samada ada gerak geri yang mencurigakan ataupun menunjukkan tanda tanda sakit, kecederaan anggota tubuh sirip atayu sebagainya.
Apa yang anda perlu buat jika ikan anda jatuh sakit ? Jangan panik, anda tidak perlu hubungi doktor haiwan. Anda hanya perlu nasihat dari tauke kedai akuarioum atau menerusi pembacaan buku buku ilmiah tentang penjagaan akuarium dan ikan ikan atau lebih mudah, baca arahan ubat-ubatan yang boleh diperolehi di pasaran. Jika boleh, anda perlu asingkan ikan ikan yang sakit dari yang lain serta letakkan ubat-ubatan ke dalam bekas yang telah diasingkan. jangan lupa, bekas tersebut juga perlukan sistem penapisan air. Ubat ubatan ini sebenarnya akan membunuh semua bakteria termasuklah bakteria yang diperlukan oleh hidupan ikan anda. Jadi, selepas terapi medikasi dilakukan, saya cadangkan anda boleh letak bakteria yang berguna ke dalam akuarium anda.

Assalammualaikum sy beginner dlm hobi ni. Terima kasih atas pencerahan .
ReplyDelete