Friday, December 7, 2012

MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIR UNTUK AKUARIUM


Sebelum menggunakan air untuk memelihara ikan  ,  kita perlulah mengetahui beberapa perkara berkaitan mutu air iaitu :-

a) Kebersihan air

    1. Air yang akan digunakan untuk memelihara ikan perlulah bersih daripada :-
          a) Kekotoran
          b) Bahan Kimia
          c) Bakteria yang membawa penyakit
          d) Sebarang racun

      2. Air paip telah dirawat untuk membasmi kekotoran dan bakteria

      3. Sebelum menggunakan air paip untuk akuarium ,  kandungan klorinnya perlu  
          dinyahkan menggunakan bahan kimia penghapus klorin. Klorin dapat membunuh 
          ikan hiasan  

b) Kandungan pH air

       1. Kadar pemasaman air ditunjukkan oleh kandungan pH.
       
       2. Air menjadi masam kerana terdapat kandungan asid di dalamnya

       3. Kandungan asid di dalam air ditunjukkan oleh nombor pH.

       4. Air yang sesuai digunakan untuk memelihara ikan biasanya mempunyai nilai pH 
           antara 6.5   - 7.5 . Kadar pH 7 menunjukkan kandungan air netural  .

      5. Kadar pH air yang melebihi 7.5 atau kurang daripada 6.5 adalah tidak sesuai untuk ikan 
          di dalam akuarium 
 

c) Kandungan oksigen dan karbon dioksida di dalam air

    1. Air yang ada di dalam akuarium dapat melarutkan oksigen yang ada di sekelilingnya.

      2. Jumlah oksigen yang larut bergantung kepada keluasan permukaan air yang terdedah    
          kepada udara.

      3. Semakin luas permukaaan air , semakin banyaklah oksigen yang dilarutkan

      4. Ikan-ikan yang ada di dalam akuarium memerlukan oksigen yang mencukupi untuk 
          pernafasan

     5. Tumbuhan akuatik yang ditanam dalam akuarium pula memerlukan karbon dioksida. Ikan 
         dan tumbuhan akuatik saling bergantungan antara satu sama lain.

  



 

0 comments:

Post a Comment