Wednesday, November 14, 2012

AKSESORI AKUARIUM





         

PASIR

- Pasir adalah bahan yang digunakan sebagai tapak ketika menghias akuarium
- Pasir diletakkan pada bahagian paling bawah dalam akuarium
- Pasir yang boleh digunakan diperoleh dengan cara mencarinya di dasar sungai atau dibeli di kedai akuatik
- Saiz pasir yang sesuai digunakan berukuran dalam lingkungan 3 mm iaitu tidak terlalu halus dan tidak terlalu  
  kasar
- Bersihkan pasir dengan air dan jemur pasir sehingga kering sebelum dimasukkan ke dalam akuarium

BATU DAN KAYU

- Batu atau kayu yang digunakan untuk mencantikkan hiasan dalam akuarium
- Batu yang sesuai digunakan adalah batu asli dari sungai atau bukit. Terdapat juga batu yang dijual di kedai
  akuatik.
- Selain batu , kayu mati dapat digunakan untuk menghias akuarium juga
- Saiz batu dan kayu yang akan digunakan perlulah sesuai dengan saiz akuarium
- Sebelum digunakan , bersihkan batu atau kayu daripada kotoran yang mungkin menjejaskan kehidupan
  ikan dalam akuarium
- Batu dan kayu yang telah dipilih dan dibersihkan boleh diletakkan di dalam akuarium mengikut kesesuaian

TUMBUHAN AKUATIK

- Tumbuhan akuatik adalah tumbuhan yang dapat hidup di dalam air seperti rumpai air, rumput atau
   kiambang
- Tumbuhan akuatik di dalam akuarium mempunyai beberapa fungsi utama seperti :-

    a) Mencantikkan akuarium
    b) Menjadi sumber utama pembekal gas oksigen dalam akuarium dan menyerap gas karbon dioksida
        yang dilepaskan oleh ikan
    c) Menjadi sumber makanan bagi sesetengah spesis ikan yang memakan daun atau rumput
    d) Menjadi tempat untuk ikan-ikan berlindung dan bermain-main
    e) Menjadi tempat untuk ikan bertelur

- Ada dua jenis tumbuhan akuatik yang dapat digunakan iaitu tumbuhan asli dan tumbuhan akuatik daripada  plastik

4 comments:

  1. btul ke kena guna kayu mati dan batu yg direndam terlebih dahulu dlam air berbulan lamanya..baru2 ni saya pegi kdai jual ikan dan jurujual tu ckap mcm tu saya hmpir mmbeli batu dan kayu yg kdai tu jual tapi xjadi sbb mahal sngt,,please help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la..cari jer mana batu yg awak suka. macam saya..batu atau kayu tepi highway pun saya ambik. Kalau bentuk cantik, apa salahnya. Saya nie pembela freshwater fish. Cuma kene basuh dengan klorin dan bilas. selepas tu rendam dalam air bersih seminggu dua. Pastikan bersihkan betul2 batu tu dgn air sebelum direndam..supaya tanggal klorin tu. Boleh la guna untuk akuarium..kalau boleh letak anti klorin sikit untuk keselamatan masa rendam tu..takut masa basuh terlebih klorin pulak. Kalau awak pelihara ikan air masin..tu kene guna life rock la khas untuk terumbu karang.

      Delete
    2. Satu lagi...sesetengah org kata batu kapur tidak boleh digunakan dlm akuarium atau kolam ikan...katanya menjejaskan ph la...kene research lebih lanjut kalau nak guna limestone

      Delete