Friday, December 7, 2012

CARA DAN KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN

1. Cara memberi makan ikan hiasan bergantung kepada dua faktor iaitu
    a) Jenis Ikan
    b) Jenis Makanan

2. Ikan hiasan yang dipelihara berbeza jenisnya. Ada jenis ikan hiasan yang berlegar di bahagian   
    permukaan    atas air , ada yang sentiasa berenang di bahagian tengah air dan ada tinggal di 
    bahagian  bawah  permukaan  air

3. Makanan yang berbentuk serbuk atau kepingan akan lambat tenggelam dalam air. Makanan jenis ini
    sesuai untuk semua ikan. Makanan berbentuk pallet atau ballet adalah sesuai untuk diberikan kepada
    jenis  ikan yang tinggalnya di bahagian tengah dan dasar akuarium. Makanan jenis ini cepat tenggelam

4. Apabila memberi makanan ikan , perkara yang berikut perlu dipatuhi  iaitu :-
 
    a) Memberi ikan makanan yang secukupnya. Ikan akan menunjukkan rasa kenyang apabila tidak mahu
        lagi memakan makanan yang diberikan. Jangan memberi ikan makan terlalu berlebihan 

   b) Menetapkan masa untuk memberi ikan makan iaitu waktu pagi , tengah hari dan petang. Patuhi masa 
       memberi ikan makan

   c) Tidak membazirkan makanan ikan dengan memasukkan secara berlebihan. Hal ini akan mengotorkan 
       air  akuarium

   d) Melakukan pertukaran jenis makanan ikan dari semasa ke semasa untuk memberikan makanan yang
       seimbang. Jika ikan tidak mahu jenis makanan yang disediakan , biarkan mereka berlapar dahulu
       kemudian barulah memberikan makanan tersebut

   e) Memastikan semua jenis ikan yang ada di dalam akuarium mendapat makanan yang secukupnya.



 

0 comments:

Post a Comment