Ikan pelaga

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

ANGLE FISH ( PTEROPHYLLUM SCALARE )

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

IKAN PELAGA ( BETTA SPLENDENS )

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, December 7, 2012

MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIR UNTUK AKUARIUM


Sebelum menggunakan air untuk memelihara ikan  ,  kita perlulah mengetahui beberapa perkara berkaitan mutu air iaitu :-

a) Kebersihan air

    1. Air yang akan digunakan untuk memelihara ikan perlulah bersih daripada :-
          a) Kekotoran
          b) Bahan Kimia
          c) Bakteria yang membawa penyakit
          d) Sebarang racun

      2. Air paip telah dirawat untuk membasmi kekotoran dan bakteria

      3. Sebelum menggunakan air paip untuk akuarium ,  kandungan klorinnya perlu  
          dinyahkan menggunakan bahan kimia penghapus klorin. Klorin dapat membunuh 
          ikan hiasan  

b) Kandungan pH air

       1. Kadar pemasaman air ditunjukkan oleh kandungan pH.
       
       2. Air menjadi masam kerana terdapat kandungan asid di dalamnya

       3. Kandungan asid di dalam air ditunjukkan oleh nombor pH.

       4. Air yang sesuai digunakan untuk memelihara ikan biasanya mempunyai nilai pH 
           antara 6.5   - 7.5 . Kadar pH 7 menunjukkan kandungan air netural  .

      5. Kadar pH air yang melebihi 7.5 atau kurang daripada 6.5 adalah tidak sesuai untuk ikan 
          di dalam akuarium 
 

c) Kandungan oksigen dan karbon dioksida di dalam air

    1. Air yang ada di dalam akuarium dapat melarutkan oksigen yang ada di sekelilingnya.

      2. Jumlah oksigen yang larut bergantung kepada keluasan permukaan air yang terdedah    
          kepada udara.

      3. Semakin luas permukaaan air , semakin banyaklah oksigen yang dilarutkan

      4. Ikan-ikan yang ada di dalam akuarium memerlukan oksigen yang mencukupi untuk 
          pernafasan

     5. Tumbuhan akuatik yang ditanam dalam akuarium pula memerlukan karbon dioksida. Ikan 
         dan tumbuhan akuatik saling bergantungan antara satu sama lain.

  


 

CARA DAN KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN

1. Cara memberi makan ikan hiasan bergantung kepada dua faktor iaitu
    a) Jenis Ikan
    b) Jenis Makanan

2. Ikan hiasan yang dipelihara berbeza jenisnya. Ada jenis ikan hiasan yang berlegar di bahagian   
    permukaan    atas air , ada yang sentiasa berenang di bahagian tengah air dan ada tinggal di 
    bahagian  bawah  permukaan  air

3. Makanan yang berbentuk serbuk atau kepingan akan lambat tenggelam dalam air. Makanan jenis ini
    sesuai untuk semua ikan. Makanan berbentuk pallet atau ballet adalah sesuai untuk diberikan kepada
    jenis  ikan yang tinggalnya di bahagian tengah dan dasar akuarium. Makanan jenis ini cepat tenggelam

4. Apabila memberi makanan ikan , perkara yang berikut perlu dipatuhi  iaitu :-
 
    a) Memberi ikan makanan yang secukupnya. Ikan akan menunjukkan rasa kenyang apabila tidak mahu
        lagi memakan makanan yang diberikan. Jangan memberi ikan makan terlalu berlebihan 

   b) Menetapkan masa untuk memberi ikan makan iaitu waktu pagi , tengah hari dan petang. Patuhi masa 
       memberi ikan makan

   c) Tidak membazirkan makanan ikan dengan memasukkan secara berlebihan. Hal ini akan mengotorkan 
       air  akuarium

   d) Melakukan pertukaran jenis makanan ikan dari semasa ke semasa untuk memberikan makanan yang
       seimbang. Jika ikan tidak mahu jenis makanan yang disediakan , biarkan mereka berlapar dahulu
       kemudian barulah memberikan makanan tersebut

   e) Memastikan semua jenis ikan yang ada di dalam akuarium mendapat makanan yang secukupnya.



 

MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.


Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.


Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.


Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.


Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.


Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.   
Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.

Berikut adalah beberapa video tentang bagaimana untuk menghias akuarium




Monday, December 3, 2012

BAHAGIAN LUAR IKAN



Tahukah Anda !!!

7 Keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia

Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Jom kita kenali ikan hiasan paling popular di Malaysia.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

NO 1

Dari keluarga Cyprinidae- Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.



Ikan Barb,antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti harimau


via:maxxpeacock.blogspot.com
Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular. Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia.
NO 2

Dari keluarga Anabantidae. Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.


Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular

Pearl Gouramy, Ikan sepat memerlukan air yang masam ,elakkan menukar air selalu.Namun pastikan tangki atau akuarium anda bersih.


via:zouldahanblog.blogspot.com

Ikan Kaloi turut menjadi ikan hiasan yang popular di Malaysia




Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut


NO 3

Dari keluarga Poecilliidae. Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy.Platy Molly dan SwordTail


Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy

via: fish4fishlovers.blogspot.com


SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.



NO 4

Dari keluarga Cyprinidae seperti Ikan Emas Dan Ikan Koi, antara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia

Ikan Emas,masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam


Ikan Koi, merupakan ikan hiasan popular, berasal dari Asia Timur sangat popular sebagai pelengkap seni Taman Jepun.Menimbulkan suasana yang indah dan tenang jika dibela dikolam yang betul cara hiasannya.

NO 5
Dari keluarga Characidae ( Tetra ),antaranya ialah ikan Black Widow( macam labah-labah pulak ye), Black Neon, Serpae Kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika,namun dengan pantas membiak di Malaysia.

Black widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah



NO 6

Dari keluarga Cichlidae, antara Ikan popular ialah Ikan Angel,Discus dan Oscar




Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'
Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.
Berasal dari Eropah,namun sudah banyak dibiakkan di Asia,memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.



Oscar,memang laris dipasaran
Bold
NO 7

Dari keluarga Osteoglossidae

Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa.namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia.Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya,dek kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa seperti di Sungai Kerian Perak (dulu saya pernah tulis tentangnya )


                                                                                                                                         Arowana
Ehsan Daripada Nukilan Love Hijau
http://www.lovehijau.com

CIRI – CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN



1. GUPPY ( POECILIA RETICULATE )

WARNA : Putih Keperakkan , Kemerahan dan Keemasan
SAIZ : 30 mm Panjang
ASAL : Tirnidad
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan betina lebih besar daripa ikan jantan
PEMBIAKKAN : Bertelur ( di dalam badan ikan betina )




2. ANGEL FISH ( PTEROPHYLLUM SCALARE )

WARNA : Putih keperakkan , kebiruan dan berbelang hitam
SAIZ : 110 mm panjang
ASAL : Amerika Selatan
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan jantan mempunyai saluran pernafasan yang  
besar
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di simpan dicelah batu atau daun



3. IKAN PELAGA ( BETTA SPLENDERS ) 

WARNA : Biru kehitaman dan kemerahan
SAIZ : 60 mm panjang
ASAL : Thailand
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan jantan mempunyai sirip yang lebih besar
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di simpan di bawah sarang yang berbentuk buih  di atas permukaan air)



4. IKAN EMAS ( ORANDA )

WARNA : Keputihan, hitam, kekuningan dan kemerahan
SAIZ : 120 mm panjang
ASAL : China
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan jantan mempunyai bonjol pernafasan di kepala dan di penutup insang
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di tabur di bahagian dasar akuarium )



5. IKAN KOI

WARNA : Putih bertompok merah, kekuningan dan ada yang bertompok hitam
SAIZ : 250 mm panjang
ASAL : Jepun
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
JANTINA : Ikan betina leboh besar daripada ikan jantan
PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di tabur di bahagian dasar akuarium )




6. IKAN KELISA ( AROWANA )


WARNA : Keemasan dan Keperakkan

SAIZ : 100 mm panjang
ASAL : Amerika Selatan
CARA MENJAGA : Mudah
MAKANAN : Semua jenis makanan ikan
PEMBIAKAN : Bertelur


















Saturday, December 1, 2012

PENYAKIT IKAN HIASAN

Latihan 6





Latihan 5






Latihan 4





Latihan 3



Latihan 2



Latihan 1